Sunday, June 2, 2013

Healthy Food ^_^



.....yummy_yummy...

logo.jpg
A company producing HALAL food..okay ! (tidak halal jgn makan)..

In Tutti Frutti contains a probiotics and probiotics are an important part of yogurt.Probiotics are beneficial bacteria that can help lower cholesterol,blood pressure,and risk of colon cancer..Fruits are extremely important when maintaining a healthy lifestyle.Fruits have low calories and are a great alternative to unhealthy snacks.Fruits are high in fiber,water and vitamin C.Yogurt contains protien,calcium,riboflavin,vitamin B6 and B12..

^ delicious..!

Tuesday, May 21, 2013

History_At_Kuala_Kubu_Bharu









..:KKB:..

Kuala Kubu Bharu ialah bandar di daerah Hulu Selangor,Selangor,Malaysia.Bandar ini terletak di atas puncak bukit.Ia ialah ibu daerah Hulu Selangor.Di kalangan penduduknya,Kuala Kubu Bharu juga dikenali dengan singkatan KKB.Pada masa itu,Kuala Kubu menjadi pintu masuk ke Negeri Pahang.Kuala Kubu Bharu bagaikan sebuah pekan di kawasan perairan,sehinggakan kini ia (dinamakan Kuala Kubu Bharu) adalah sebuah pekan kecil yang menghijau dengan pokok-pokok dan permandangan darat yang berbukit-bukit.Kuala Kubu dahulu terletak di sebuah kawasan lembah berhampiran dengan Sungai Selangor,iaitu di pertemuan antara Sungai Rening dan Sungai Kubu. Nama Kuala Kubu berasal dari Sungai Kubu yang merupakan salah satu cabang Sungai Selangor.Menurut sesetengah pendapat,nama "Kubu" itu dipilih kerana di kawasan tersebut terdapat sebuah kubu pertahanan yang digunakan oleh angkatan perang Raja Mahdi dan Syed Mashyor melawan angkatan perang Tengku Kudin sewaktu perang yang berlaku di antara tahun 1868 hingga tahun 1873.Pada ketika itu,Kuala Kubu dan kawasan sekitarnya dikenali dengan aktiviti perlombongan bijih timah.Pada waktu itulah,Kuala Kubu menempuh zamannya yang gemilang dan merupakan bandar kedua terbesar di negeri Selangor.Kuala Kubu menjadi tumpuan para peniaga dan saudagar bijih yang datang dari merata tempat.Ia juga mempunyai pelbagai kemudahan awam seperti hospital,pejabat-pejabat kerajaan sekolah,panggung wayang dan stesen keretapi.Selain itu,bandar ini juga menjadi tempat persinggahan para pelancong yang akan pergi ke Bukit Kutu. Bukit Kutu ialah tempat peranginan bagi pegawai-pegawai Inggeris dan pembesar-pembesar Melayu.Pada mulanya, pentadbiran daerah terletak di Kuala Kubu (lama) yang kini dikenali sebagai Ampang Pecah.

Bak kata Mak Anjang, penduduk lama di sini, banjir tersebut terjadi kononnya berpunca daripada seorang pegawai Inggeris yang bernama Cecil Ranking.Beliau dikatakan telah menembak seekor buaya putih yang kononnya dianggap oleh penduduk kampung sebagai penunggu di situ.Buaya putih yang dipercayai sebagai "binatang suci" oleh penduduk sengaja dipelihara dalam kolam yang dibina dengan mengempang air Sungai Kubu.Tujuan empangan tersebut dibina adalah untuk memelihara ikan sebagai sumber rezeki penduduk tempatan.Beliau tidak menghiraukan nasihat penduduk kampung agar tidak menembak buaya putih tersebut.Setelah buaya putih tersebut dibunuh,hujan pun turun dengan lebatnya dan empangan yang dibina musnah.Akibatnya,banjir yang besar melanda Kuala Kubu dan kawasan-kawasan sekitarnya.Selepas malapetaka tersebut, sekali lagi berlaku malapetaka yang lebih besar dan banjir besar pada tahun 1926 ini menenggelamkan sama sekali bandar tersebut.Penduduk dipindahkan ke kampung-kampung yang berhampiran seperti Kampung Kelapa, Paya Dalam, dan Rasa.Sebagai menggantikannya, sebuah bandar baru dibina dan diberi nama Kuala Kubu Bharu. Ia dibina di sebuah kawasan yang lebih tinggi untuk mengelak ancaman banjir.Kini,Kuala Kubu Bharu menjadi tempat persinggahan bagi sesetengah orang yang akan ke tempat peranginan Bukit Fraser@Fraser Hill.Selain itu,Kuala Kubu juga mempunyai tempat rekresi@sukan yang extreme iaitu Whitewater Rafting..


# enjoy

Shake..Shake..Shake it... :)



A Healthy Lifestyle


HERBALIFE Shake adalah formula makanan terbaik yang penuh gengan nutrisi untuk sel-sel badan kita..Badan kita ni terdiri daripada berjuta billion sel-sel yang membuatkan badan kita berfungsi dengan baik dan betul.Amat penting untuk kita menjaga sel-sel badan agar mendapat makanan yang penuh nutrisi.Herbalife Shake makanan,bukan ubat kurus dan bukan ubat kepada 1001 macam penyakit.Tetapi Herbalife shake hanyalah makanan yang mengandungi khasiat dan nutrisi seimbang seperti vitamin,mineral,zat besi dan protein.Herbalife ini bukan hanya untuk orang yang gemuk-gemuk yang hendak kuruskan badan tapi ini satu pengambilan makanan yang baik dan hidup dalam keadaan sihat.Malah,ada juga pada atlet-atlet,pemain bola,pelumba basikal dan lain2 lagi pun mengambil produk Herbalife ini juga.


#  cube jgn xcube...